meh kita baca entry from baby centre ni......
mna taw feel better lpas baca......
.
.
Apakah sebab kemurungan ini?
Sebelum ini, hormon kehamilan dipercayai mempunyai "kesan perlindungan" daripada kemurungan, kerana ramai wanita yang mempunyai perasaan dan emosi yang bagus semasa hamil. Namun, kini diakui bahawa tekanan dan stres akibat kehamilan dan menjaga anak kecil boleh membuatkan kaum wanita terdedah kepada masalah ini.Jika terdapat mana-mana aspek dalam kehidupan anda yang tidak berjalan lancar, maka anda menjadi lebih terdedah kepada kemurungan. Contohnya, sebab utama kemurungan semasa hamil ialah masalah perhubungan. Jika anda tidak mempunyai hubungan yang baik dengan suami, atau suami anda tiada di sisi, maka anda lebih berkemungkinan untuk mengalami kemurungan.
Sebab-sebab lain:
Peristiwa dalam hidup yang memberi tekanan
Adakah anda akan berpindah ke rumah yang lebih besar sebagai persiapan menyambut kehadiran bayi ini? Adakah anda mempunyai masalah di tempat kerja? Apa-apa perubahan besar dalam kehidupan harian seperti perpindahan, atau peristiwa penting dalam hidup seperti perceraian atau kehilangan kerja boleh menyebabkan kemurungan.
Pendapatan rendah
Tiada pekerjaan dan tiada kelayakan kedua-duanya memainkan peranan, tetapi jumlah pendapatan yang rendah itu sendiri mempunyai kaitan besar dengan kemurungan pranatal.
Masalah kehamilan
Kehamilan yang bermasalah, contohnya yang menyebabkan mabuk hamil yang teruk, boleh mengganggu emosi. Jika anda tidak mahu hamil pada ketika ini, maka perkara ini juga akan menyumbang kepada kemurungan.
Komplikasi dalam kehamilan terdahulu
Pengalaman hamil dan bersalin yang terdahulu boleh mencorak bagaimana anda rasa mengenai kehamilan ini. Kajian telah menunjukkan bahawa komplikasi dalam kehamilan terdahulu mempunyai kaitan dengan kemurungan pranatal.
Masalah kesuburan atau keguguran
Jika anda mengalami banyak kesulitan untuk hamil, atau pernah mengalami keguguran di masa lalu, anda mungkin akan merasa risau mengenai kesihatan kandungan sekarang.
Penderaan, samada di masa lalu atau sekarang
Kehamilan boleh menjadi penyebab bagi keganasan rumah tangga atau menjadikannya lebih teruk. Bagi wanita yang pernah mengalami penderaan emosi, seksual, fizikal atau melalui tutur kata, memori hitam ini boleh muncul semula akibat kehamilan. Badan anda kini berubah tanpa boleh dikawal, dan ini boleh mengembalikan isu-isu yang telah lama terpendam.
Anda sepatutnya boleh berbincang dengan selamat dengan doktor anda semasa pemeriksaan pranatal, di mana anda boleh memberitahu beliau mengenai sebarang penderaan (dulu atau sekarang) supaya anda boleh mendapat bantuan dan sokongan yang sewajarnya.
Sejarah kemurungan peribadi atau dalam keluarga
Jika masalah kemurungan berlaku dalam keluarga anda, atau jika anda sendiri pernah mengalami kemurungan, anda mungkin lebih berkemungkinan untuk menjadi murung. Tetapi bukti menunjukkan bahawa ini meletakkan anda dalam risiko lebih tinggi untuk mendapat kemurungan selepas bersalin atau meroyan (postnatal depression), berbanding kemurungan semasa hamil.
Semasa pemeriksaan pranatal, doktor anda mungkin akan bertanya mengenai kesihatan mental anda pada masa ini dan terdahulu supaya anda boleh mendapat bantuan apabila anda memerlukannya.
http://www.babycenter.com.my/a1052283/kemurungan-semasa-hamil#ixzz3nJYBske4
No comments:
Post a Comment