Thursday, 17 December 2015

xda pa nk ku ceta
sad but true 
aku keguguran 27 oct 2015...............

Thursday, 29 October 2015

mlm 22/10/15

aku terasa nak mkn satay.
aku ajak encik mox ke pasar mlm bandar baru ampang.
satay dah abis.
sebab kan aku ni gelojoh,aku beli ayam panggang dgn buntut ayam.
mm aku termkn isi ayam yg x berapa masak dan still berdarah.
mm aku berhenti mkn,
aku ckp ngan encik mox.ada ayam panggang tu masih mentah
b careful..noe
.
.
,.
23/10/15
jumaat.pagi 500am.
aku x boleh bangun,kawasan atas perut sakit dan ngilu.
perut tegang dan sakit.
terutama bahagian atas perut.
yes!!aku mula mikir
adohh ni gara2 gelojoh,aku bedal ayam panggang semlm
aku mula tringat.
aku x boleh tido.
still bleeding.
until 830am.still sakit,
930am encik mox ajak p klinik fauziah.
sampai sana,
doktor kata kantung bayi xda..
ehhh
ehhh
suspen suspen.
mana pergi,
kemungkinan sbb bleeding.
doktor kata next weeks dtg lagi and bagi pain killer.
hmmm rasa x puas ati aa.
aku ajak encik mox ke ampang point klinik bersalin.

22 oktober 2015

pagi aku bngun.
aku still bleeding,xkan hormon kot??
mm.
aku wasap pendek.wasap wasap,ceta psl bleeding.
dia pon pelik juga.
awat lama tol bleeding...
apa masalah..
still xfaham

lama aku x text sini..kesedihan,kesakitan,kepedihan aku tanggung sendiri..

sakit
sini sakit sana
sini stress sana stress datt y ini sume tjadi..
1 sentiasa ingat rezeki di tgn yg esa..
.
.jom straight to the point,setelah satu minggu aku derita..
ceh ayat aku..power..haiii sempat g melawak..hiburkan hati yh rapuh..sambil dgr lagu ali mamak..apa nak jadi,apa nak jadi..
.
.
.cerita nya..
19 0ktober 2015 pendarahan,omputeh kata 
bleeding.awal2 pagi aku ajak encik mox..p klinik.p klinik fauziah.
check punya check dr halimah
alhamdullilah yr baby ok..dah nampak dah..
dr tunjuk.nampak kantung dan 1 titik.tu baby klata dr.
as mak..aku feeling hepi..
encik mox senyum lega.
dr bg ubat duphaston - pnguat rahim and tren 250mg pytop darah..
aku blik dgn senyum simpul..
hepi je,berbunga bunga hati
terasa cantik je hari tu hehe
.
. 20/10/15
alamak still bleeding lagi..
ubat dh mkn
palagi ni..mmm ada gangguan mahluk halus ka????

.
.
21/10/15
tghari mintak encik mox hantar ke opis jap..
da cust nak buat loan...mmm p sian last dia kena reject.
menipu !!
ada pinjam tmpt lain kata xda.adoi./..pa susah ckp benar!!stress
,
aku bleeding lagi,darah kuar agar hitam n pekat.
haisssh
sib balik besebelahan opis,
ampang medical,pukul 3 aku ke situ.
lama jugak tunggu,
last my turn.
bla bla bla..aku bgtau dr aku bleeding.
doktor check.
and says nothing to worries dear,u pregnancy is good
mmm i think u is not 4weeks,mayb 7 weeks or 8,
bcoz tummy so big.
doktor cina yg frendly to ckp.
better u go to klinik ibu bersalin and maternity situ akan dpt kiraan yg tepat,
i pay klinik rm90 n masuk opis dgn hepi./.lalalala
baby is ok
baby is healthy,,
i call baby kantong bub slu biakan kantong o.
so i kol dia kantung.
hati berbunga hepi,
berbunga bunga terasa lagi cantik.
hihihi

Thursday, 15 October 2015

how 2 stat....
how 2 says....
konpiussssssss.....
my pregnancy is not 10weeks...scan di anisa klinik..pd 13 oktober.dr ckp mmmm.... 5weeks 5days..bila scan baby xda dlm kntung..
dear baby....where r u syggg?
apa kiraan haid teraher ku salah...
mmm yg sedih sekali dr kata.........
klo da pndarahan...pls go trus hospital p cuci...
mmmmmmmmmm
so sad,
so sad
 

Wednesday, 7 October 2015

Friday, 2 October 2015

i m not feeling well....dr tghari td till now ngiluuu..je perut ni.
arap xda pa2 tjdi....
amin.....
may b stress?
x cukup rest?
risau?
x cukup vitaminka?
TYm2 preggy ni...kesihatan kna jaga......
ni ada 1 petua yg bleh kita amalkn...

Ambil air asam jawa sehari sebanyak 2 kali seminggu. Iaitu siang dan malam. Cara untuk menyediakan air asam jawa ini ialah, ambil air masak 1/2 cawan dan masukkan sedikit pes asam jawa. Selain dapat menurukantekanan darah tinggi ketika hamil, air asam jawa juga bagus untuk menyejukkan badan, menghilangkan sakit tekak dan batuk.

Thursday, 1 October 2015

............
............semoga lpas ni boleh mngurangkn rasa sedih n stress......
entry from baby centre;
-
-

Bagaimanakah saya boleh menangani kemurungan?

Berehatlah 
Tahan keinginan untuk membuat seberapa banyak tugas yang anda boleh sebelum kelahiran bayi. Letakkan diri anda di tempat teratas dalam senarai perkara yang anda perlu buat. Anda tidak akan mempunyai banyak masa untuk diri sendiri sebaik sahaja bayi anda lahir. Bacalah buku, bersarapan di katil, atau keluar dengan rakan. Menjaga diri sendiri adalah satu perkara yang penting dalam penjagaan bayi. 

Bersenam 
Walaupun ini bukanlah masa yang terbaik untuk memulakan regim senaman yang berat, senaman boleh membantu memperbaiki mood anda. Berenang, berjalan dan kelas senaman pranatal selamat dilakukan semasa hamil. Tahu lebih lanjut mengenai senaman yang disyorkan sepanjang kehamilan dan sasarkan untuk membuatnya tiga kali seminggu. 

Luahkan 
Berbincanglah dengan suami anda dengan jujur. Anda perlukan sokongannya, dan dia hanya boleh melakukan perkara ini jika anda berterus terang. Anda juga boleh meluahkan kebimbangan anda mengenai masa depan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. 

Cubalah terapi atau kaunseling 
Jika anda telah melakukan segala-galanya untuk mengeluarkan diri daripada kemurungan ini selama dua minggu tetapi tidak berhasil, berjumpa dengan ahli terapi atau kaunseling mungkin membantu. Anda perlu mendapatkan seseorang yang boleh dipercayai dan yang anda rasa selamat untuk bercakap tentang hal ini. 

Bilakah saya patut bimbang?

Jika anda rasa seperti hendak membunuh diri, atau hilang pertimbangan, tidak dapat menjalankan tanggung jawab harian, atau jika anda mengalami serangan panik, berbincanglah dengan doktor anda dengan segera. Ini sangat penting terutamanya jika anda dapati sukar untuk menjaga diri sendiri dan tidak lalu makan, kerana ini boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan anda. 

Berjumpa ahli terapi atau psikiatri bukan tanda kelemahan. Ia adalah tanda bahawa anda adalah seorang ibu yang baik, yang sanggup mengambil apa sahaja langkah yang perlu untuk menjamin keselamatan dan kesihatan diri dan bayinya. 

Jika kesemua cara di atas tidak berkesan dan kemurungan membuat hidup anda semakin sukar, berbincanglah dengan doktor mengenai ubat-ubatan. Memanglah anda boleh mengambil ubat anti-kemurungan semasa hamil, tetapi anda perlukan bantuan untuk menimbangkan kebaikan dan keburukannya dengan berhati-hati. Ini kerana, terdapat kemungkinan kecil yang kesihatan anda dan bayi boleh terjejas akibatnya. 

Ubat anti-kemurungan yang biasa disarankan oleh doktor ialah fluoxetine, yang mempunyai jenama Prozac. Ia merupakan sejenis ubat anti-kemurungan yang dipanggil selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs). 

SSRIs dipercayai meningkatkan risiko kecacatan jantung pada bayi. Dipercayai juga bahawa mengambil beberapa jenis ubat anti-kemurungan terutamanya venlafaxine (Efaxor) atau paroxetine (Seroxat), atau mengambil gabungan beberapa jenis ubat anti-kemurungan, boleh meningkatkan sedikit kemungkinan untuk gugur. Tetapi kemurungan yang teruk juga tidak baik untuk kesihatan anda dan bayi. Bincanglah dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk anda. 

Bagaimana pula selepas saya bersalin?

Kajian menunjukkan ada kaitan di antara kemurungan semasa hamil dan kemurungan selepas bersalin, tetapi ini tidak bermakna jika anda murung semasa hamil, anda akan murung juga selepas bersalin. 

Pakar masih mencari jalan terbaik untuk membuat saringan ke atas wanita yang mengalami kemurungan pranatal supaya mereka dapat mengenalpasti siapakah yang berisiko tinggi mengalami kemurungan selepas bersalin. Dengan mempunyai kumpulan sokongan sekarang, yang terdiri daripada rakan-rakan, ahli keluarga, suami, doktor dan ahli terapi, bermakna bantuan telahpun tersedia jika anda memerlukannya selepas bersalin. 


http://www.babycenter.com.my/a1052283/kemurungan-semasa-hamil#ixzz3nJYjQ79A
kwn2 yg kat luar tu if kowg feel stress or sad tym preggy tox..
meh kita baca entry from baby centre ni......
mna taw feel better lpas baca......

.
.

Apakah sebab kemurungan ini?

Sebelum ini, hormon kehamilan dipercayai mempunyai "kesan perlindungan" daripada kemurungan, kerana ramai wanita yang mempunyai perasaan dan emosi yang bagus semasa hamil. Namun, kini diakui bahawa tekanan dan stres akibat kehamilan dan menjaga anak kecil boleh membuatkan kaum wanita terdedah kepada masalah ini. 

Jika terdapat mana-mana aspek dalam kehidupan anda yang tidak berjalan lancar, maka anda menjadi lebih terdedah kepada kemurungan. Contohnya, sebab utama kemurungan semasa hamil ialah masalah perhubungan. Jika anda tidak mempunyai hubungan yang baik dengan suami, atau suami anda tiada di sisi, maka anda lebih berkemungkinan untuk mengalami kemurungan. 

Sebab-sebab lain: 

Peristiwa dalam hidup yang memberi tekanan 
Adakah anda akan berpindah ke rumah yang lebih besar sebagai persiapan menyambut kehadiran bayi ini? Adakah anda mempunyai masalah di tempat kerja? Apa-apa perubahan besar dalam kehidupan harian seperti perpindahan, atau peristiwa penting dalam hidup seperti perceraian atau kehilangan kerja boleh menyebabkan kemurungan. 

Pendapatan rendah 
Tiada pekerjaan dan tiada kelayakan kedua-duanya memainkan peranan, tetapi jumlah pendapatan yang rendah itu sendiri mempunyai kaitan besar dengan kemurungan pranatal. 

Masalah kehamilan 
Kehamilan yang bermasalah, contohnya yang menyebabkan mabuk hamil yang teruk, boleh mengganggu emosi. Jika anda tidak mahu hamil pada ketika ini, maka perkara ini juga akan menyumbang kepada kemurungan. 

Komplikasi dalam kehamilan terdahulu 
Pengalaman hamil dan bersalin yang terdahulu boleh mencorak bagaimana anda rasa mengenai kehamilan ini. Kajian telah menunjukkan bahawa komplikasi dalam kehamilan terdahulu mempunyai kaitan dengan kemurungan pranatal. 

Masalah kesuburan atau keguguran 
Jika anda mengalami banyak kesulitan untuk hamil, atau pernah mengalami keguguran di masa lalu, anda mungkin akan merasa risau mengenai kesihatan kandungan sekarang. 

Penderaan, samada di masa lalu atau sekarang 
Kehamilan boleh menjadi penyebab bagi keganasan rumah tangga atau menjadikannya lebih teruk. Bagi wanita yang pernah mengalami penderaan emosi, seksual, fizikal atau melalui tutur kata, memori hitam ini boleh muncul semula akibat kehamilan. Badan anda kini berubah tanpa boleh dikawal, dan ini boleh mengembalikan isu-isu yang telah lama terpendam. 

Anda sepatutnya boleh berbincang dengan selamat dengan doktor anda semasa pemeriksaan pranatal, di mana anda boleh memberitahu beliau mengenai sebarang penderaan (dulu atau sekarang) supaya anda boleh mendapat bantuan dan sokongan yang sewajarnya. 

Sejarah kemurungan peribadi atau dalam keluarga 
Jika masalah kemurungan berlaku dalam keluarga anda, atau jika anda sendiri pernah mengalami kemurungan, anda mungkin lebih berkemungkinan untuk menjadi murung. Tetapi bukti menunjukkan bahawa ini meletakkan anda dalam risiko lebih tinggi untuk mendapat kemurungan selepas bersalin atau meroyan (postnatal depression), berbanding kemurungan semasa hamil. 

Semasa pemeriksaan pranatal, doktor anda mungkin akan bertanya mengenai kesihatan mental anda pada masa ini dan terdahulu supaya anda boleh mendapat bantuan apabila anda memerlukannya. 

http://www.babycenter.com.my/a1052283/kemurungan-semasa-hamil#ixzz3nJYBske4

Wednesday, 30 September 2015

aku dh mula cuti....alahan yg teruk...i need rest..
kija more stress...
rest ,cuti tnpa gaji...
maYB..aku nk jd agent...amik komisen jk......

Monday, 28 September 2015

sejak aku preggy tox..mmm byk klinik dh aku p..
1-klinik izham
2-klinik anisa 
3-klinik ibu bersalin ampang point
4-klinik sugeri chew di jinjang...yg ni big bos sponsor,..hehe bil rm250,ubat tu aku share dgn our manager...dia nk krim gatal & asid folik....
-
-
kegatalan,keruamam x berubah still ada..
dan aku baru perasaan,rasa gatal meruap ruap bila suhu badan aku naik...rasa panas..ruam2 mula naik..
mm xpa la..demi mu BABY..aku blajar utk bersabar..
sabar
sabar itu perlu
sabar itu iman..
sabar itu attitude.,....

Sunday, 27 September 2015

aduhai rasa sgt2 x bermaya.....  :( ,jerebu.... aduhai.ya tuhan inilah adala ujian utk kita yg bernama MANUSIA..
tubuh yg kurus ini bertambah kering...
kulit2 mula mengering,ish2 ...ruam2 alhamdullilah under control....
stok ubat,bedak,lotion he2 bertambah byk di rumah...
aku ..dh macam stok pharmacy..
salah 1 cream yg rasa cool mcm petisejuk..yg pling cepat mlegakan...
ni au bg gambar...p jgn letak byk sgt..
pregnant..kna letak sikit3...sekadar melegakan...
letak kat lengan,peha,atau kaki je..nipis2
jgn bubuh kat perut tu...

Friday, 25 September 2015

gatal2,,,ruam2 x surut2.....adoiii,,,sib baik ada bedak ni....lega la sikit..bau pon comel je...hihi

Thursday, 24 September 2015

dah masuk seminggu.1 jam 1 jam.terbangun tiap2 jam...adoiii,cam ne ni...?????? ruam2 merah dot dot naik penuh satu perut ..adoi......adoi tidor plak x lena..siang tu aku bukak la opis,tunggu sorg officemate dtg..bub aku nak g clinic,x bleh tahan bub x boleh tidor...
officemate plak x dtg,still lagi bercuti raya.
aku kunci opis jap,n p klinik ibu bersalin ampang point...
jumpa doktor,doktor scan.,dia kata baby x nampak?????????????????????????????

oit aku punya la neves!!
dah 7 weeks!
mana pgi baby aku????
neves ni?????
then doktor suruh test pregnancy lagi!
aku p test!!
bila doktor check,confirm pregnancy!!
but 5 weeks!
adoi confuse confuse!
ikot pengiraan klinik anisa & klinik idham aku dh 7weeks..
klinik ni kata 5 weeks..
konpius konpius!!
x pa aa abaikan... yg penting baby  selamat &,sihat.....

Tuesday, 22 September 2015

adoiii...jam dah almost 530..nak balik ooo.opis nak tutup,sini xda ot ot..balik lambat pon sama huhu..yesss baru nak sambun cerita..

cerita best,ibu2 ,mak mak kat luar sure suka ni,tajuk best!!

apa2 esok sambung yaaaa...hehehe

minggu ni dah masuk minggu e 7 my PREGNANCY....
starting dr minggu ke 4,kulit aku dah mula alergik,aku pergi klinik IDHAM,dr x bagi krim sapu,doktor bagi ubat anti gatal2...mmmm tapi still xda perubahan...
abis perut ,lengan2,peha2 gatal..
aduhai seksanya..... 
tiap2 mlm x boleh tidur nyenyak....
nasib baik ada CALAMINE,lotion ni,alhamdullilah dpt la melegakan sedikit kegatalan yg menganggu....harga x mahal dlm rm7,sesuai di pakai ibu2 mengandung & bayi2 yg kena ruam lampin,sedap lotion ni,rasa sejuk itu...........
alahai...pregnant !!! .ahamdullillah....
kali ni xda pulak tanda2 hamil...
badan sihat2 mcm biasa je,,,,,hehehe,rezeki ALLAH,................
pregnant aku ni xda tanda2 org preggy hahahaha

xda demam
xda spotting
xda mual2
cool je
alahai lamanya x nulis2 blogggg..hehehe...
aduhai..tgn dah gatal menulis.................